Khas untuk golongan suri rumah B40: Ini cara mendapatkan bantuan kerajaan RM480

Dalam usahaa membantu mereka yang memerlukan, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah skim yang dikenali sebagai i-Suri.

I-Suri adalah sebuah skim yang diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan i-Suri yang kita perlu tahu: –

Manfaat-manfaat i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500.

Syarat-syarat Pendaftaran

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 60 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Advertisement
    Advertisement

Kaedah Mencarum

Bagi memudahkan urusan mencarum, i-Suri boleh oleh suri rumah sendiri atau suami kepada pasangan yang layak. Manakala, caruman pula boleh dibuat dengan beberapa kaedah iaitu:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat penfataran i-Suri, ia boleh dibut di mana-mana kaunter atau kios KWSP dengan membawa Kad Pengenalan.

Jika terdapat sebarang pertanyaaan berkenaan skim ini, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Bagi membaca maklumat terperinci berkenaan i-Suri, ia boleh dirujuk di portal rasmi KWSP – DI SINI.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *