Bantuan Tunai RM200 Dikreditkan Kepada Penerima Pada Bulan Ini (Januari 2024). Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Tahun 2024 telah pun membuka tirainya. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bantuan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan atau kerajaan negeri? Di dalam artikel ini akan diterangkan salah satu bantuan yang akan disediakan untuk mereka yang layak.

Bantuan bulanan atau setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan atau kerajaan negeri tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Tunai RM800 melalui BMT

Bantuan BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun sebelumnya. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diperkenalkan bagi  meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh. Ia dikendalikan oleh agensi kerajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Advertisement
    Advertisement
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Pembayaran BMT

Pembayaran BMT sebanyak RM800 dibuat secara berperingkat sebanyak empat kali:

  • November 2023: RM200 dikreditkan ke akaun
  • Disember 2023:RM200 dikreditkan ke akaun
  • Januari 2024: RM200 dikreditkan ke akaun
  • Februari 2024: RM200 dikreditkan ke akaun

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang telah diluluskan permohonan mereka. Untuk makluman, permohonan BMT 2023 telah dibuka mulai 15 Jun 2023 hingga 15 September 2023 tahun lalu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI. Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini pula boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *