Bantuan Tunai Kerajaan RM2,700 Dikreditkan Secara One-Off Bagi Kategori Miskin & B40. Cara Membuat Permohonan

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Geran RM2,700

Geran Pelancaran adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kadar sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ atau sekaligus.

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Bantuan

Untuk maklumat, seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan – bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh  mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *