Bantuan Khas Dinaikkan Dari RM500 Kepada RM700. Ini Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan adalah Bantuan Khas Aidilfitri yang dimumkan dalam Belanjawan 2023 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022. Manakala, Pesara Kerajaan menerima RM350.
Senarai Penerima
Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep serta pesara kerajaan.
Cara Memohon
Akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing yang menerima gaji.
Tarikh Menerima Bantuan
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.
Tujuan Bantuan
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.