STR Fasa 2 akan dikreditkan bulan depan: Ini jumlah bayaran golongan B40 & M40 akan dapat

Setiap tahun, Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah atau STR Fasa 1 telah pun diberikan kepada yang layak pada bulan Januari lalu.

Pembayaran itu membabitkan kadar sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah dan RM100 kepada golongan bujang.

Dengan pembentangan Belanjawan 2023 minggu lalu, nampaknya maklumat berkenaan STR Fasa 2 telah dikeluarkan dengan kadar berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM200
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM200
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM200

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM100

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023.

Cara pembayarannya adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau dengan penebusan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan – bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aftif.

Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *