RM300 Dikreditkan Ke e-Wallet Penerima Bulan Ini (September 2025): Pendapatan Bawah RM5,000 Boleh Memohon

Dalam landskap ekonomi semasa, golongan B40 dan M40 berdepan pelbagai cabaran yang semakin mencabar. Golongan B40, yang mewakili 40% isi rumah berpendapatan rendah, sering bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat. Kenaikan harga barangan asas seperti makanan, minyak masak, beras, serta perkhidmatan utiliti memberi tekanan besar terhadap kewangan mereka. Ramai yang terpaksa mengikat perut dan bergantung pada bantuan kerajaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi golongan M40 pula, cabarannya berbeza tetapi tidak kurang berat. Walaupun mereka berada dalam kategori pendapatan sederhana, banyak keluarga M40 kini tergelincir hampir kepada status B40 kerana peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring dengan kadar kenaikan gaji.

Mereka juga sering terlepas daripada bantuan kerajaan kerana dianggap “mampu”, sedangkan realitinya sebahagian besar pendapatan mereka habis untuk bayaran pinjaman rumah, kereta, pendidikan anak-anak, serta komitmen harian yang lain.

Tambahan pula, cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi global, inflasi, dan persaingan pekerjaan menambahkan lagi beban. Golongan muda dalam B40 dan M40 menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri, sementara hutang isi rumah terus meningkat. Tekanan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kewangan, malah turut menjejaskan kesihatan mental dan kualiti hidup keluarga.

Oleh itu, penting untuk ada strategi jangka panjang dalam menangani cabaran ini, termasuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial, menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik, serta memastikan pendidikan dan latihan kemahiran sentiasa relevan dengan keperluan pasaran.

Hanya dengan pendekatan menyeluruh, cabaran golongan B40 dan M40 dapat ditangani agar mereka mampu keluar daripada perangkap kewangan dan membina masa depan yang lebih stabil. Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis insiatif yang telah diperkenalkan bagi membantu golongan ini dan antaranya adalah melalui bantuan berbentuk e-Wallet.

Bantuan e-Wallet RM300

Bantuan berbentuk e-Wallet yang dimaksudkan adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Bantuan ini pada terasnya bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Bantuan e-Wallet ini diberikan dengan kadar RM300 setiap bulan dan ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, mi, bihun, roti, gula, garam, biskut, rempah ratus, kicap, sos, minyak masak, tepung, buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging, ikan, kambing, tepung, produk tenusu, lampin pakai buang, sabun, kelengkapan mandian, bahan pencuci, barangan persekolahan dan barangan pendudikan.

Pembelian boleh dibuat di panel-panel kedai yang ditetapkan seperti Econsave Cash & Carry, Lotuss Store, Mydin, 99 Speedmart, Jazco Speedmart, KK Super Mart dan sebagainya.

Cara pembelian pula adalah seperti tatacara berikut:

  • Penerima mengunjungi mana-mana kedai panel yang ditetapkan;
  • Memilih barangan yang hendak dibeli;
  • Juruwang mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah bagi tujuan pengesahan;
  • Juruwang melakukan saringan barangan-barang bagi memastikan ia tersenari sebagai barangan di bawah BINGKAS;
  • Penerima memasikan baki BINGKAS mencukupi;
  • Penerima klik pada butang ‘bayar’;
  • Penerima memasukkan nombor pin 6 digit bagi tujuan pengesahan;
  • Kod QR terpapar pada skrin dan juruwang mengimbas kod berkenaan bagi tujuan pembayaran.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai anak / tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon

Bagi permohonan BINGKAS, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS atau Aplikasi Selangkah. Ketika membuat permohonan, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk makluman, pada ketika ini permohonna BINGKAS telah pun ditutup. Bagaimanapun, permohonan baharu akan dibuka semula mulai 1 November 2025 nanti.

Diingatkan juga supaya permohonan hanya dibuat oleh mereka yang benar-benar menepati syarat-syarat kelayakan. Pemohon juga perlu memastikan semua dokumen yang diberikan adalah benar dan tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu permohonan sahaja.

Bagi maklumat lebih lanjut dan terperinci berkenaan Program BINGKAS, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *