Permohonan bantuan RM100 – RM500 dari YPKT tahun 2022 telah dibuka: Ini cara memohonnya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan itu adalah apa yang dikenali sebagai Skim Permata Sejahtera Tahun 2022 yang melibatkan sumbangan kewangan dari RM100 hingga RM500. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan skim bantuan ini:-
Syarat-syarat Kelayakan
Skim Permata Sejahtera adalah sebuah bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Ini adalah syarat-syarat kelayakannya:
- Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022;
- Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin;
- Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu;
- Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami”.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh YPKT, permohonan bagi tahun 2022 telah dibuka untuk permohonan.
Bagi urusan permohonan, pemohon perlu melampirkan salinan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID bayi;
- Salinan MyKAD Ibu dan Bapa;
- Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia;
- Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/MyKAD kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke – 7 dan ke atas.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat secara atas talian di PAUTAN INI.