RM200 ‘one-off’ Akan Dibayar Sebelum Mac 2025: Ini Maklumat Penuh Bantuan Hari Raya 2025

Dalam dunia yang penuh dengan ketidaktentuan ekonomi, bantuan kewangan memainkan peranan penting dalam memberikan kelegaan kepada mereka yang memerlukan. Tidak kira sama ada anda menghadapi kesukaran akibat kehilangan pekerjaan, bencana alam, atau keperluan pendidikan anak-anak, bantuan kewangan adalah langkah penyelesaian yang dapat membantu meringankan beban.

Di Malaysia, pelbagai inisiatif bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan sektor swasta. Program seperti bantuan tunai, bantuan pendidikan, subsidi makanan, serta geran perniagaan kecil adalah antara usaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin. Bagi golongan berpendapatan rendah, bantuan ini bukan sahaja menyediakan dana tambahan, tetapi juga membuka peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Namun, ramai yang mungkin masih kurang faham tentang jenis bantuan yang tersedia dan cara untuk memohonnya. Di sinilah pentingnya maklumat yang tepat dan panduan yang jelas agar masyarakat dapat memanfaatkan peluang yang ada. Bantuan kewangan bukan hanya soal wang, tetapi juga harapan. Ia memberi peluang kepada individu dan keluarga untuk bangkit kembali selepas berdepan cabaran, memperbaiki ekonomi, dan membina masa depan yang lebih cerah.

Dalam pada itu, terdapat juga bantuan khusus yang diperkenalkan setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan.

Bantuan Hari Raya 2025

Pada 8 Januari 2025 lalu, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM200 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada hampir 50,000 pejawat awam di negeri berkenaan termasuk pejawat awam Persekutuan merangkumi guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan yang berkhidmat di negeri itu.

“Ia melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM10 juta yang dijangka disalurkan sebelum bulan Mac ini. “Inisiatif ini diharap dapat menjadi motivasi dan dorongan kepada semua untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau juga mengingatkan bahawa inisitif ini datang dengan tanggungjawab yang lebih besar agar kita terus berusaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Bantuan Khas Kewangan

Selain itu, pihak Kerajaan Persekutuan turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM250 pula diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan Negeri Kedah pula memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

Pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat – dengan sebahagiannya akan disalurkan pada Mac tahun depan, manakala bakinya pada Jun 2025.

Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan bantuan sama tapi dengan kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri berkenaan. Pembayaran satu bulan gaji akan dibuat pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac 2o25 bersempena menyambut Aidilfitri.

Bantuan Khas Kewangan kepada semua penjawat awam negeri Pahang pula diberikan dengan kadar satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM39.6 juta. Sekitar 8,000 penjawat awam pelbagai agensi di Pahang akan menerima bantuan ini.

Bagi Negeri Sabah, kadar Bantuan Khas Kewangan ditetapkan sebanyak sebulan gaji dengan bayaran minimum RM3,000 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan.

Bantuan ini turut diberikan kepada pekerja berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. Insentif itu yang akan dibayar pada bulan Januari 2025 dan akan memberi manfaat kepada seramai 18,949 penjawat awam negeri.

“Oleh itu, selain daripada pelarasan gaji, Kerajaan Sabah juga ingin membawa khabar gembira kepada penjawat awam negeri Sabah dengan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000.

“Bayaran bantuan khas kewangan ini yang membabitkan seramai 18,949 orang penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM68.48 juta akan dibayar pada Januari 2025,” kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *