Jawatan kosong Pembantu Operasi di pelbagai kementerian & jabatan: Gaji sehingga RM2,983
Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai Kementerian/ Jabatan kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
PEMBANTU OPERASI – GRED N11
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Kekosongan: 13
- Simpanan: 500
- Gaji Minimum: RM1,216
- Gaji Maksimum: RM2,983
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216) atau - PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
- Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
- Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian di sistem permohonan jawatan SPA iaitu SPA9 – DI SINI.
Untuk yang belum membuat pendaftaran di sistem berkenaan, calon dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan jawatan kosong.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 06 FEBRUARI 2022, AHAD pada jam 11.59 malam.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.