Pendaftaran tahun 2022 telah dibuka: Ini cara memohon Bantuan Kewangan TUNAS RM50 setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang bertujuan bagi membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka. Bantuan ini melibatkan sumbangan bantuan sebanyak RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;
    • Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk anak yang belajar di Tadika Berdaftar sahaja (senarai Tadika DI SINI).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Rasmi TUNAS.

Borang yang lengkap diisi secara dalam talian ini kemudiannya perlu dicetak dan dilampirkan bersama:

Advertisement
Advertisement
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar;
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah Ibu
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Ia seterusnya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran dalam talian dilakukan ke e-mel: pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Maklumat terperinci dan permohonan dalam talian bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi TUNAS – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.