Terbuka kepada golongan B40 & M40: Ini senarai penerima Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 setahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Kewangan Asasi yang pada asasnya diberikan kepada para pelajar yang menjalani pendidikan peringkat asasi di Universiti Awam Malaysia.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar Bantuan

Kadar keseluruhan bantuan kewangan ini adalah sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Berikut adalah pecahan jumlah bantuan tersebut:

  • Elaun Wang Saku: RM2,500/setahun
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420/setahun
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilaksankan secara atas talian di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.

Ia kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Maklumat terperinci berkenaan bantuan ini boleh dibaca di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *