Permohonan Bantuan Kewangan SPPNK RM300 Bagi Fasa 2 Telah Dibuka. Ini Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan dari SPPNK yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan dari SPPNK yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Jumlah Bantuan

Jumlah sumbangan ialah RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Syarat Kelayakan Khusus

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Memohon Geran Pelancaran

  • Permohonan BAKIPT FASA 2 2022 dibuka bermula 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (on-line) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK (sila klik pautan ini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *