Bantuan Kewangan YNS Dinaikkan Kepada RM1,800 Bagi Tahun 2022. Ini Senarai Penerima & Cara Memohon
Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan dari Bantuan Sara Hidup YNS yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Sara Hidup YNS yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan akan dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 menjadikan mahasisiwa negeri itu akan mendapat bantuan RM1,800 setahun berbanding RM1,200 sebelum ini.
Syarat Kelayakan
- Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) DAN Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukan) ATAU
- Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi Telah menetap di Negeri Sembilan melebihi 8 tahun (Sila kemukakan sijil tamat Sekolah Rendah dan Menengah)
- Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja. DAN
- Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja. DAN
- Hanya layak pada pemohon semester 2 ke atas sahaja (pemohon TAHUN AKHIR TIDAK LAYAK) DAN
- Hanya layak kepada pemohon yang mempunyai akaun Bank Islam Sahaja ( Selain daripada Bank Islam M Berhad tidak layak )
- Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 kebawah)
Cara Memohon
*Sila klik di sini untuk membuat permohonan.
*Sila klik di sini untuk memuat turun Borang Pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun.
*Sila klik di sini untuk memuat turun Borang Akuan Pengesahan Pendapatan.