Bayaran Bantuan Fasa 4 RM200-RM1,200 Akan Dikreditkan Seterusnya. Berikut Tarikh & Senarai Penerima

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Sukacita dimaklumkan bahawa salah satunya adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mereka yang berkelayakan.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.

Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula telah dibayar bermula pada 5 April 2023 dengan kadar RM200 kepada setiap kategori penerima.

STR Fasa 3 pula telah dikreditkan pada Hari Raya Haji. Seterusnya pada bulan November 2023 untuk Fasa 4. Berikut merupakan kategori dan jumlah bantuan:

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

Tarikh Bayaran

Untuk maklumat semua, pembayaran STR Fasa 4 dijadualkan dibayar pada NOVEMBER 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat seperti mana sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *