Pengambilan jawatan kosong terkini dibuka di UiTM: Tarikh tutup permohonan 14 Disember 2021

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya menelitik hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

PEREKA – GRED B19

  • Taraf perkhidmatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Kadar upah: RM54/sehari
  • Penempatan: UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelaykan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelaykan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Advertisement
      Advertisement
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah;
  • Salinan Sijil MCE/SPM atau setaraf.

Dan dihantar ke alamat:

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi Mara
Cawangan Pahang Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang Darul Makmur

Permohonan juga dikehendaki menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.

Calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 DISEMBER 2021.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan ini boleh dirujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.