RM100 – RM700 Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima: Ini Maklumat Penuh STR Fasa Akhir 2024
Golongan B40 dan M40 merupakan kelompok masyarakat yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Golongan B40, yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah, sering berhadapan dengan cabaran untuk memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan makanan.
Dalam masa yang sama, golongan M40, walaupun memiliki pendapatan yang lebih stabil, turut terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutama di kawasan bandar. Oleh itu, memastikan bantuan yang diberikan kepada kedua-dua golongan ini adalah tepat sasaran amat penting untuk menjamin kesejahteraan mereka.
Bagi golongan B40, akses kepada bantuan seperti subsidi makanan, perumahan mampu milik, serta pendidikan percuma atau kos rendah menjadi keperluan utama.
Di pihak M40 pula, keperluan mereka lebih tertumpu kepada sokongan yang membantu mengimbangi kos sara hidup seperti pelepasan cukai, subsidi pendidikan tinggi, dan skim perlindungan insurans kesihatan.
Walaupun mereka tidak menghadapi kesempitan seperti golongan B40, tekanan ekonomi yang berpanjangan boleh menyebabkan mereka tergolong dalam kategori berisiko jatuh ke dalam kumpulan pendapatan rendah.
Oleh itu, di peringkat Kerajaan, terdapat pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan. Antara yang terkenal adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berikut adalah penjelasan lanjutnya: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2024. Bantuan ini secara amnya bagi meringankan beban rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan.
Bagaimanapun, bantuan ini berikan dengan kadar tertentu berdasarkan kategori penerima, jumlah tanggungan dan kadar pendapatan bulanan. Sebelum itu, berikut adalah senarai kriteria kelayakan STR 2024:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR 2024
Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa kepada setiap penerima yang layak. Berikut adalah maklumat jadual pembayaran STR bagi setiap fasa:
- Fasa 1: Januari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: September 2024
- Fasa 4: November 2024
Oleh itu, Fasa 4 merupakan pembayaran STR Fasa Akhir bagi tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat jumlah pembayaran STR Fasa Akhir 2024:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM100
- Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 4: RM150
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran STR dibuat dengan dua cara utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan atau kemaskini dibuat.
Akan tetapi, sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif – mereka boleh membuat pengambilan STR di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi tahun 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanan STR. Oleh itu, bagi mereka yang belum membuat permohonan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR.
Mereka yang telah memohon pula boleh membuat kemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat.
Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.