Bantuan e-Tunai RM300 automatik setiap bulan: Ini cara daftar dengan telefon masing-masing
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Cara Mendaftar
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran BINGKAS boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasminya atau telefon pintar masing-masing.
Pendaftaran melalui laman web boleh dibuat seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi BINGKAS dan klik ‘Daftar Permohonan’
- Tekan pautan ‘Daftar Sekarang’ dan daftar untuk teruskan;
- Masukkan nombor telefon;
- Isi maklumat di ruang yang disediakan dan klik ‘Daftar’
- Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’.
Pendaftaran melalui Aplikasi Selangkah pula boleh dibuat seperti berikut:
- Muat turun aplikasi Selangkah;
- Buka aplikasi dan isi maklumat di bahagian yang disediakan;
- Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’.
Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.