Pendapatan Isi Rumah RM5,000 & Ke Bawah. Kerajaan Negeri Umum Bantuan RM1,000 & Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan RM1,000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Jumlah Bantuan

Program Inisiatif Peduli Rakyat ini adalah untuk individu yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka yang layak akan dihadiahkan bantuan sebanyak RM1,000 untuk membantu dengan pembelian persediaan kelengkapan ke IPT.

Syarat Kelayakan

    1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
    2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

a. Pemohon lahir di Negeri Selangor ATAU

b. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor

  1. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) di IPT tersebut
  2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*
  3. Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
  4. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa atau Penjaga pemohon berjumlah RM5,000 ke bawah sahaja

Cara Memohon

  1. Permohonan dilakukan secara atas talian (online)
  2. Pemohon perlu mencetak (print) Borang Permohonan HPIPT online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  3. Dokumen-dokumen sokongan berikut disediakan dan mendapat pengesahan pihak-pihak berkaitan:
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT
  • Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) ATAU
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga pemohon(jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung ATAU
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan)
  • Salinan muka depan dan muka surat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang tertera nombor akaun dan transaksi terakhir)

Cara Hantar Borang

Pemohon dikehendaki menghantar Borang Permohonan HPIPT yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *