Pengambilan jawatan kosong terkini di Jabatan Audit Negara: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Jabatan Audit Negara kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Jawatan Kosong

PEREKA – B29

  • Program: Personel mySTEP
  • Gaji: RM1,800/sebulan
  • Manfaat: Caruman KWSP dan PERKESO
  • Tempoh kontrak: Januari – Disember 2022

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik minima Diploma dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai bakat. kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang pereka (grafik & multimedia) dan dalam bidang Videografi;
  • Memiliki sekurang – kurang satu tahun pengalaman dalam bidang grafik & multimedia;
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum;
  • Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan adalah satu kelebihan;
  • Mahir menggunakan Adobe Premier, Adobe After Effect atau software berkaitan penyuntingan dan rakaman video.

Penempatan

Uni Komunikasi Korporat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan rasmi beserta:

  • Resume dengan gambar terkini;
  • Salinan transkrip Diploma;
  • Salinan dokumen-dokumen sokongan.

Ke alamat e-mel: ukk_jan@audit.gov.my, dengan tajuk e-mel PERMOHONAN PEREKA MySTEP UKK.

Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 12 JANUARI 2022, RABU.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *