Kekosongan Jawatan Pembantu Penyelia Gimnasium Gred N29. Gaji Ditawarkan RM1,800 Sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Parlimen Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat).

Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Jawatan Yang Ditawarkan

Jawatan/ Gred : Pembantu Penyelia Gimnasium N29

  • Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Kadar Upah: RM1,800

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Diploma Sains Sukan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam menguruskan gimnasium seperti berikut:
  • boleh mengoperasi peralatan-peralatan gimnasium; dan
  • mempunyai pengetahuan dalam peralatan gimnasium.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 Januari 2022 (ISNIN)

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *