Cara membuat semakan dividen ASB 2021 yang telah dikreditkan secara atas talian

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah sebuah unit amanah harga tetap yang bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unitnya.

Pada tahun 2021, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB sebanyak 5.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Secara asasnya, pengagihan pendapatan ini merangkumi 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.9 bilion.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria ketika mengumumkan jumlah agihan pendapatan itu berkata – ASB berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan yang mencatatkan kadar pulangan sebanyak 1.85 peratus.

Semak Dividen

Berdasarkan maklumat terkini, dividen ASB bagi tahun 2021 telah pun dikreditkan ke dalam akaun setiap pemegang unit amanah berdasarkan simpanan atau pembiayaan masing-masing.

Advertisement
Advertisement

Berkenaan semakan dividen, ia boleh dibuat secara atas talian (online) dan manual mengikut keselesaan para pemegang unit amanah.

Untuk semakan secara atas talian, ia boleh dibuat di aplikasi myASNB atau portal myASNB. Bagi yang belum mendaftar di sistem berkenaan, pendaftaran boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi myASNB di App Store, Google Play atau App Gallery.
  • Langkah 2: Lengkapkan butiran yang diperlukan dan muat naik ID bagi mengesahkan identiti.
  • Langkah 3: Tetapkan nama pengguna, kata laluan dan frasa keselamatan untuk maklumat log masuk.
  • Langkah 4: Boleh mula melabur dan membuat semakan.

Bagi yang telah mendaftar, selain melalui aplikasi myASNB, semakan juga boleh dibuat di portal myASNB – DI SINI.

Dalam masa sama, semakan turut boleh dibuat di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara bermula pada 03 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut dan lengkap tentang apakah itu ASB, boleh rujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *