Kemaskini & Permohonan baru STR boleh dibuat hari ini: Ini bayaran penuhnya untuk rakyat Malaysia
Setiap tahun, Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.
Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Kemaskini & Permohonan Baru STR
Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan, kemaskini dan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah pun dibuka bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah mereka yang tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022.
Satu lagi golongan yang perlu membuat kemaskini adalah Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Bagi permohonan baru STR pula, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit masing-masing.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Jumlah Bayaran STR
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat kepada mereka yang layak pada bulan Januari 2023 lalu dengan kadar RM300 untuk isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Jumlah bayaran penuh bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)
- RM1,000 (bilangan anak 0)
- RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
- RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
- RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)
Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- RM500 (bilangan anak 0)
- RM750 (bilangan anak 1 – 2)
- RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
- RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)
Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas (Pendapatan RM5,000 & ke bawah)
- RM600
Bujang 21 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)
- RM350
Bujang OKU 19 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)
- RM350
Bagi info yang lebih teliti tentang STR, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.