RM1,000 Dikreditkan Mulai Bulan Ini (Mac 2025): Maklumat Penuh Bantuan BKK Aidilfitri 2025

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, serta melatih diri untuk menjadi lebih baik. Ketibaan Syawal disambut dengan penuh kegembiraan, bukan sekadar sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga sebagai kesempatan untuk mempereratkan hubungan silaturahim, memohon maaf dan berkongsi rezeki bersama keluarga serta masyarakat.

Seawal pagi 1 Syawal, umat Islam mengenakan pakaian baharu dan saling bermaafan sesama ahli keluarga. Tradisi kunjung-mengunjung masih menjadi amalan utama, di mana rumah-rumah terbuka dipenuhi dengan pelbagai juadah tradisional seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih. Bagi kanak-kanak, suasana menjadi lebih bermakna dengan pemberian duit raya yang sering dinanti-nantikan.

Namun, di sebalik kemeriahan Hari Raya, ia juga merupakan waktu untuk mengenang mereka yang kurang bernasib baik. Amalan bersedekah dan berkongsi rezeki dengan golongan fakir miskin sangat digalakkan bagi memastikan kebahagiaan Syawal dapat dirasai oleh semua. Selain itu, bagi mereka yang bekerja di perantauan, kepulangan ke kampung halaman menjadi momen yang paling dinanti, mempertemukan kembali sanak saudara setelah lama berjauhan.

Walaupun zaman berubah dan cara meraikan Aidilfitri semakin moden, nilai utama perayaan ini tetap sama—iaitu kesyukuran, keinsafan dan kebersamaan. Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu pengingat bahawa nilai kekeluargaan, kemaafan dan kasih sayang adalah tunjang kepada kebahagiaan yang sebenar.

Bagi meringankan beban ketika sambutan hari raya ini, pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri telah memperkenalkan bantuan khusus yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini.

Bantuan BKK Aidilfitri 2025

Pada 26 Mac 2025, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dengan kadar RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri dan Kaamatan.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan – selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mensejahterakan penjawat awam negeri, serta menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Berkenaan dengan pembayaran, ia akan dibayar dengan kadar RM500 menjelang sambutan Aidilfitri dan RM500 lagi menjelang sambutan Kaamatan pada bulan Mei depan.

“Keputusan ini dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini dan pembayaran akan dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Kaedah pembayaran bantuan khas ini adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Oleh kerana bantuan ini diberikan secara automatik, ia tidak akan melibatkan sebarang permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Selain Sabah, Kerajaan Negeri Johor turut memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 20,821 orang penjawat awam negeri termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri bakal menerima manfaat tersebut.

Dalam masa sama, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi juga memperuntukkan RM18.477 juta bagi bantuan kepada 90,439 penerima asnaf fakir dan miskin.

“Bantuan ini mula disalurkan pada awal Mac dan dijangka selesai pada minggu terakhir sebelum Aidilfitri, sementara RM1.5 juta pula kepada 5,000 saudara kita dan Orang Asli daripada asnaf mualaf.

“Bantuan sekali bayar RM500 akan disalurkan kepada 6,970 imam dan bilal pada minggu terakhir bulan ini membabitkan peruntukan RM3.4 juta, serta bantuan RM500 kepada 646 ketua kampung,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM1.6 juta juga disediakan bagi pelaksanaan Jualan Kasih Johor yang berlangsung di 57 lokasi dan memberi manfaat kepada 200,000 rakyat, RM1.5 juta bantuan Aidilfitri kepada 5,000 Orang Asli asnaf mualaf dan RM70,000 untuk Tajaan Pengangkutan Mahasiswa Anak Johor Pulang ke Kampung membawa 550 pelajar menaiki 30 bas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *