Setiap penerima BKM kategori B40 layak terima bantuan maksium RM700: Ini cara buat semakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah mySalam iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –

Manfaat mySalam

Salah satu manfaat mySalam adalah pemberian pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Menuntut mySalam

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan mySalam, tuntutan hospitalisasi boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Semakan kelayakannya juga boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi mySalam  DI SINI dengan mengisi maklumat Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *