Pendapatan bawah RM2,500: Berikut adalah cara memohon iBantuan RM150 secara ‘one-off’

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah melalui iBantuan yang menyediakan dua jenis bantuan kewangan sebanyak RM150 secara ‘one-off’ berikut:

  • Bantuan Ibu Tunggal
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan tersebut: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan Ibu Tunggal

  • Terbuka kepada semua wanita yang berstatus ibu tunggal;
  • Penerima bantuan i-FITRI TIDAK LAYAK memohon;
  • Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM 2,500 sebulan;
  • Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan tidak layak memohon;
  • Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM;
  • Orang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas;
  • Orang kurang upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan;
  • Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM/Perkeso/Maidam;
  • Pemohon adalah rakyat Terenggan dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu;
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal iBantuan.

Maklumat terperinci berkenaan kaedah memohon dan permohonan dalam talian boleh dilihat di Portal Rasmi iBantuan– DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *