Pengambilan Jawatan Kosong Agensi Kerajaan MARA Oktober 2024: Senarai jawatan ditawarkan
Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memberi peluang kerjaya yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan peluang kerjaya baru bagi mereka yang berminat dan berkelayakan.
Bagi yang berminat, ini adalah maklumat tentang jawatan-jawatan kosong yang sedang ditawarkan:
- PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP9)
- Gaji: RM2,250 – RM11,110
- PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP5)
- Gaji: RM1,650 – RM6,620
- PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP1)
- Gaji: RM1,500 – RM4,680
Syarat-Syarat Kelayakan
PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP9)
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9 : RM2,250.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9 : RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9 : RM2,470.00); dan
- Calon perlu mempunyai syarat- syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP5)
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau - Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00); dan
- Calon perlu mempunyai syarat- syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP1)
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00); dan
- Calon perlu mempunyai syarat- syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Cara Memohon Agensi Kerajaan MARA
Permohonan bagi ketiga-tiga jawatan kosong ini hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di Portal Permohonan Jawatan MARA.
Calon perlu mengisi maklumat yang benar dan sahih ketika membuat permohonan. Sekiranya maklumat yang diberikan salah / tidak benar / manipulasi, maka permohonan akan terbatal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
Hanaya calon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon yang tidak dihubungi dalam masa enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Maklumat lebih lengkap serta rasmi tentang kekosongan jawatan ini sila rujuk di Portal Rasmi MARA – DI SINI.