Bantuan pembiayaan sehingga RM10,000 untuk beli motosikal: Berikut syarat-syarat & cara memohon

Kerajaan melalui TEKUN Nasional telah memberkenalkan sebuah program pembiayaan yang dikenali sebagai TEKUN Mobilepreneur 3.0. Ia adalah sebuah program pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama.

Oleh itu, program ini ialah salah satu inisiatif TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Maklumat Bantuan

Bantuan Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 ini disediakan kepada peserta untuk tujuan:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Had pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0:

  • RM10,000
    • Pembelian motosikal
      Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
      Modal pusingan
  • RM2,000
    • Baik pulih motosikal
    • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
    • Modal pusingan

Syarat kelayakan

Kepada yang berminat, syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut serta Borang Permohonan Pembiayaan. Pemohon juga boleh memuat turun borang bermohonan secara atas talian DI SINI.

Dalam masa, ditegaskan bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini. Pemohon diminta membuat permohon sendiri di Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web rasmi: TEKUN Nasional.

_____

Banyak lagi maklumat bantuan di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *