E-Pengeluaran KWSP telah dibuka: Pencarum boleh mohon pengeluaran simpanan KWSP

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya termasuklah dengan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar; i-Lestari dan i-Citra sebelum ini.

Namun begitu, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan daripada KWSP yang dikenali sebagai E-Pengeluaran. Berikut maklumatnya:

E-Pengeluaran KWSP

E-Pengeluaran KWSP pada asasnya merupakan sebuah kemudahan bagi urusan pengeluaran wang simpanan para pencarum secara atas talian (online).

Saluran utama E-Pengeluaran adalah melalui Sistem i-Akaun (Ahli) di mana ahli yang berdaftar sebagai pengguna i-Akaun boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian.

Melalui sistem ini, para ahli KWSP boleh membuat penglauaran simpanan mereka di Akaun 2 atas tujuan-tujuan berikut:

Pengeluaran-Pengeluaran KWSP

Membeli Rumah

Pihak KWSP membenarkan ahli mereka membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Jenis rumah yang ingin dibeli merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membina Rumah

Bagi membantu ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan mereka membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Pembinaan rumah itu boleh dibuat dengan pembelian tanah atau di atas tanah sendiri.

Advertisement
Advertisement

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan mereka selesai.

MASUK SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Membiayai Pendidikan

Ahli KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 mereka bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Tujuan Kesihatan

Pihak KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan E-Pengeluaran KWSP boleh dilihat DI SINI. Manakala, maklumat lebih lanjut tentang pengeluaran-pengeluaran dibenarkan boleh  dirujukan di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *