Bantuan Tunai RM800 Akan Dikreditkan Kepada Kategori Penerima Ini. Cara Semak Kelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah Bantuan BMT yang akan dikreditkan secara bulanan kepada akaun penerima yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Tunai BMT

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini dari RM600 ke RM800.

Syarat-syarat Kelayakan

BMT pada merupakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Bagi 1 lot, hanya seorang sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) yang layak menerima bantuan. Dimaklumkan juga bahawa seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Advertisement

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang ingin memohon dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dibuat di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Permohonan dan kemaskini bantuan ini telah dibuka mulai 15 Jun 2023 lalu sehingga 15 September 2023.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada daripada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 dengan banyak RM200 setiap bulan.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *