Bantuan BAP RM150 ‘one-off’ untuk semua rakyat Malaysia: Diberikan tanpa had pendapatan

Bantuan kerajaan memainkan peranan penting dalam meringankan beban rakyat, terutama bagi golongan yang memerlukan. Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan sejumlah dana khusus untuk pelbagai jenis bantuan, termasuklah bantuan kewangan, subsidi, insentif, dan kemudahan kepada pelbagai golongan seperti keluarga berpendapatan rendah, warga emas, usahawan kecil, dan pelajar.

Langkah ini bertujuan memastikan kesejahteraan rakyat terjamin serta mengurangkan jurang ketidaksamaan ekonomi dalam masyarakat. Dengan bantuan yang disalurkan secara sistematik dan telus, kerajaan dapat membantu golongan yang memerlukan, seterusnya menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan sosial negara.

Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah sektor pendidikan. Pendidikan adalah tunjang kepada kemajuan negara dan kunci kepada kehidupan yang lebih baik. Kerajaan menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada pelajar di semua peringkat pendidikan, daripada prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Bantuan ini bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga melalui pemberian biasiswa, pinjaman pendidikan, serta penyediaan kemudahan pendidikan yang kondusif. Misalnya, bantuan kewangan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sering disalurkan melalui bantuan awal persekolahan, bantuan makan, dan pemberian peralatan sekolah. Ini membantu meringankan beban kewangan keluarga yang berpendapatan rendah, sekali gus memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan tanpa halangan.

Secara keseluruhannya, bantuan kerajaan dalam sektor pendidikan merupakan satu langkah strategik untuk melahirkan masyarakat yang lebih berpendidikan dan berdaya saing. Bantuan ini bukan sahaja membantu pelajar dari segi kewangan, tetapi juga menjadi pemangkin kepada transformasi sosial dan ekonomi yang lebih baik.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

Bantuan ini diberikan kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tingakatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Maka, sekiranya sebuah keluarga itu memiliki 4 orang anak yang sedang bersekolah, maka kelayakan BAP adalah sebanyak RM600.

Murid-murid dari sekolah-sekolah berkenaan adalah layak menerima BAP:

  • Sekolah kerajaan (SK);
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
  • Sekolah agama;
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
  • Kolej PERMATA;
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
  • Sekolah Integriti;
  • Sekolah Henry Gurney;
  • Maktab Rendah Sains MARA;
  • Maktab Tentera Diraja.

Cara Pembayaran BAP

Bagi pembayaran BAP, ia akan dibuat oleh pihak sekolah kepada murid melalui dua kaedah iaitu secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun murid.

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan BAP seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

“Hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa,” petikan ucapan Belanjawan 2025.

Pembayaran BAP akan dilaksanakan pada bulan Januari 2025 dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan juga memperuntukan RM870 juta berbanding RM784 juta bagi pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

Selain itu, peruntukan untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini (2024).

Bagi menggalakkan tabungan pendidikan tinggi anak-anak, pihak Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan inisiatif dan bantuan Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *