Bantuan Tunai RM300 Setiap Bulan Berjumlah RM3,600 Setahun: Senarai Penerima & Cara Pembayaran
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan Tunai Bingkas yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Kadar Bantuan BINGKAS
Penerima yang layak akan menerima RM300 seorang sebulan iaitu RM3,600 setahun
Syarat-Syarat Kelayakan
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Cara Pembayaran
- Klik pada kad maya dalam aplikasi selangkah untuk pengaktifan
- Aplikasi Wazpay eWallet akan terbuka jika ia sudah sedia dipasang di telefon pintar anda
- Atau secara automatiknya akan terbuka (Play Store / Apple Store) untuk memuat turun apliaksi jika ia belum sedia dipasang di telefon pintar anda
- Log masuk jika anada sudah memiliki akaun atau klikpada Sign up untuk mencipta akaun baru
- Ikuti arahan yang diberikan sehingga proses mencipta akaun baru selesai
- Pergi semula ke Aplikasi Selangkah. Kad maya akan menunjukkan baki akaun Bingkas anda dan sedia untuk digunakan
Cara Memohon
Sekiranya anda baru ingin membuat, berikut dalah caranya
- Layari pautan: https://bingkasselangor.com/
- klik pada daftar permohonan
- Masukkan nombor telefon anda (tanpa -)
- Bagi penerima KISS , sila klik Kemaskini No Telefon untuk mengemaskini nombor telefon anda.
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga pendaftaran selesai