Senarai Penerima Bantuan Tunai RM2,700 Yang Dikreditkan Sekaligus Ke Akaun Penerima. Ini Maklumat Penuhnya
Sebagai mengiktiraf keadaan kewangan yang dihadapi oleh kumpulan yang memerlukan, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pendekatan yang disasarkan dan responsif untuk menyediakan sokongan kewangan secara langsung. Inisiatif ini melibatkan program bantuan pemindahan tunai sekali sahaja yang direka untuk menawarkan bantuan segera kepada individu dan keluarga dalam demografi B40.
Bantuan pemindahan secara one off berfungsi sebagai talian hayat yang penting, menawarkan suntikan bantuan kewangan tepat pada masanya untuk meringankan beban kewangan serta-merta dan meningkatkan daya tahan isi rumah yang terlibat.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan Tunai RM2,700 One-Off
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pelancaran.
Bantuan ini diperkenalkan dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
Kadar geran ini adalah sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ atau sekaligus kepada yang berkelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Cara Memohon
Untuk makluman, bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
Jika mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
BORANG YANG BERKAITAN