STR Fasa 4 RM700 Telah Mula Dibayar Kepada Semua Penerima: Ini Senarai Bank Yang Telah Dikreditkan

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ketika ini, golongan B40 dan M40 berdepan tekanan kewangan yang semakin ketara. Kenaikan kos sara hidup, harga barangan asas yang tidak menentu, serta peningkatan kadar sewa dan pinjaman memberi kesan langsung terhadap kemampuan mereka untuk menampung keperluan harian.

Bagi golongan B40, setiap ringgit amat bermakna – justeru, sebarang perubahan kecil dalam harga keperluan asas seperti beras, minyak masak atau susu boleh memberi kesan besar terhadap perbelanjaan isi rumah.

Sementara itu, golongan M40 yang sering dianggap “selesa” turut tidak terkecuali daripada cabaran ini. Ramai dalam kalangan mereka kini berada di “zon kelabu” – tidak layak menerima bantuan kerajaan, tetapi pada masa sama bergelut menampung kos kehidupan yang meningkat. Dengan komitmen bulanan seperti bayaran rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak dan penjagaan kesihatan, mereka terpaksa lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan agar tidak terjebak dalam hutang.

Dalam menghadapi situasi ini, perancangan kewangan yang bijak menjadi semakin penting. Golongan B40 dan M40 perlu menilai semula corak perbelanjaan, mengutamakan simpanan, serta mengambil langkah melindungi diri melalui insurans atau skim perlindungan sosial. Pada masa yang sama, inisiatif kerajaan seperti subsidi bersasar dan bantuan tunai memainkan peranan penting dalam meringankan beban rakyat.

Cabaran sara hidup ini bukan sekadar isu ekonomi, tetapi juga sosial, kerana kesejahteraan keluarga bergantung kepada kestabilan kewangan mereka. Dengan kesedaran dan tindakan yang tepat, golongan B40 dan M40 masih mampu menghadapi tekanan ekonomi dan memastikan masa depan yang lebih stabil.

Bagi mengurankan beban kos sara hidup mereka, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada golangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam menghadapi cabaran kosa sara hidup.

Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti senarai berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR dibuat dengan kadar yang berbeza mengikut kategori penerima. Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai dibayar kepada setiap penerima yang layak dan diluluskan.

Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula mula dibayar secara berperingkat mulai 18 Oktober 2025 kepada setiap penerima. Pembayarannya pula dibuat secara kredit terus ke akaun penerima.

Berikut adalah maklumat jumlah pembayaran STR Fasa 4 2025:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500)
    • Anak 5 orang ke atas: RM700
    • Anak 3 – 4 orang: RM500
    • Anak 1 – 2 orang: RM350
    • Anak 0: RM200
  • Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
    • Anak 5 orang ke atas: RM350
    • Anak 3 – 4 orang: RM250
    • Anak 1 – 2 orang: RM200
    • Anak 0: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
    • Jumlah STR: RM150
  • Bujang (≤ RM2,500)
    • Jumlah STR: RM150

Berdasarkan maklumat dan tinjauan di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan STR Fasa 4 adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan CIMB. Dimaklumkan bahawa pembayaran bantuan ini dibuat secara berperingkat dan tertakluk kepada ketetapan semasa.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau akan mereka berstatus tidak aktif pula, pengambilan tunai boleh dibuat melalui kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat mulai 21 Oktober 2025. Penerima dikehendaki membawa dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan – MyKad) ketika membuat penunaian ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan Status Kelulusan

Bagi yang hendak membuat semakan kelulusan, jumlah yang diluluskan dan status pembayaran STR. Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui cara berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR;
  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (sekiranya ada)

Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Maklumat lebih terperinci berkenaan STR 2025, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *