Bantuan Zakat sesi 2022 MAINPP boleh dimohon sehingga 22 April 2022 ini: Ini cara memohonnya

Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui jabatan-jabatan atau agensi-agensinya.

Antaranya termasuklah melalui badan-badan di bawah kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang telah memperkenalkan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang untuk sesi tahun 2022.

Berikut adalah maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan bantuan zakat ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan zakat ini adalah sebuah bantuan kewangan kepada mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan sama ada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap;
  • Beragama Islam;
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan;
  • Tidak mendapat bantuan atau tajaan atau biasiswa dari mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
  • Advertisement
    Advertisement

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh MAINPP, permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Zakat Pulau Pinang.

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 22 April 2022, Jumaat.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ini, ia boleh dikemukakan kepada Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian: 04-5498125/155 atau ke alamat e-mel: dermasiswa@zakatpenang.com.

Untuk maklumat lengkap dan lanjut berkenaan bantuan ini, sila baca dan teliti – DI SINIdan bagi yang ingin memohon sila kemukakan permohonan di PAUTAN INI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *