Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Gred N41 (Tetap). Gaji Ditawarkan RM 2,080.00 Hingga RM 9,546.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Tadbir Gred N41

  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
  • Bantuan Sara Hidup : RM 300.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;
  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Advertisement
    Advertisement
  • (ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.