Pelbagai jawatan kosong di Akademi Sains Malaysia (ASM): Tawaran gaji sehingga RM4,900

Advertisement

Akademi Sains Malaysia (ASM) kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

  1. PENGANALISIS, BIRO HAL EHWAL ANTARABANGSA
    • Gaji: RM2,320 – RM3,250
  2. PENGANALISIS/ PENYELIDIK (KAJIAN DASAR)
    • Gaji: RM3,500 – RM4,900
  3. JURUAUDIT
    • Gaji: RM2,100 – RM2,900
  4. EDITOR
    • Gaji: RM2,290 – RM3,200
  5. PENULIS KANDUNGAN
    • Gaji: RM2,290 – RM3,200
  6. EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM
    • Gaji: RM2,320 – RM3,250

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda berdasarkan ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang sangat baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia;
  • Kemahiran kerja yang sangat baik dengan Microsoft Excel, Word dan PowerPoint.

*Untuk kelayakan bagi setiap jawatan, sila rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki mengisi butiran diri, taraf pendidikan dan sebagainya di borang atas talian berkenaan dengan tepat dan benar. Pemohon juga sangat disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang ditetapkan.

Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.