Cara Pengeluaran KWSP Sehingga RM1,000 Jika Baki Akaun 2 Anda Kurang RM3,000

Pada 11 Mei 2024 nanti, pihak KWSP telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bakal dilaksanakan.

Seperti yang dijelaskan oleh portal KWSP, untuk akaun pencarum dibawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

  • Akaun 1 : Akaun Persaraan
  • Akaun 2 : Akaun Sejahtera
  • Akaun 3 : Akaun Fleksibel

Pada masa yang sama, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel (turut disebut sebagai Akaun 3) akan bermula dengan baki sifar.

Cara Pembahagian Wang Ke Dalam Setiap Akaun

Pengagihan caruman baru yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan diagihkan seperti berikut:

  • 75% kepada Akaun Persaraan
  • 15% kepada Akaun Sejahtera
  • 10% kepada Akaun Fleksibel.

Untuk Akaun Fleksibel, ia akan bermula dengan caruman baru yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum selepas tarikh pelaksanaan.

Untuk maklumat semua, simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan pencarum.

Tempoh Masa Untuk Pencarum Memindahkan Sebahagian Baki Dari Akaun 2 Ke Akaun 3

Seperti yang diumumkan, bermula 11 Mei hingga 31 Ogos 2024, para pencarum diberi masa dan peluang untuk memindahkan sebahagian baki dalam Akaun Sejahtera atau akaun 2 ke dalam Akaun Fleksibel atau akaun 3 sebagai baki permulaan.

Jika pencarum memilih inisiatif atau peluang ini, maka pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun lain adalah berdasarkan jumlah baki dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh pencarum.

Advertisement
Advertisement

Jika anda sebagai pencarum memilih untuk tidak berbuat demikian, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera (akaun 2).

Penerangan Untuk Pemindahan Sebahagian Baki Akaun 2 Ke Akaun 3

Untuk mereka yang memilih pemindahan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera (akaun 2), langkah-langkah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Bagi mereka yang mempunyai simpanan sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera (akaun 2)

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel (akaun 3);
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) akan dipindahkan ke Akaun Persaraan (akaun 1); dan
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2)

Bagi mereka yang mempunyai akaun simpanan kurang daripada RM3,000 dalam akaun sejahtera (akaun 2):

  • Akaun Sejahtera (akaun 2) yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel (akaun 3)
  • Akaun Sejahtera (akaun 2) yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel (akaun 3) adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera (akaun 3)

Ini bermaksud, jika akaun 2 ahli kurang daripada RM3,000 tetapi mempunyai simpanan melebihi RM1,000, jumlah amaun yang boleh dikeluarkan maksimum adalah RM1,000 melalui akaun 3.

Cara Membuat Permohonan

Pencarum yang ingin memanfaatkan pilihan itu boleh mengemukakan permohonan mereka seperti berikut:

  • melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau
  • ‘Self-Service Terminal’ yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara bermula 11 Mei ini.
Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *