Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong UiTM
PENSYARAH UiTM (GRED DM45)
Taraf: Kontrak
Gaji: RM3,070 – RM11,095
PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
Taraf: Kontrak
Gaji: RM5,855 – RM12,445
PROFESOR MADYA (GRED DM53)
Taraf: Kontrak
Gaji: RM6,162 – RM13, 235
PROFESOR (GRED KHAS C)
Taraf: Kontrak
Gaji: RM7,190 – RM14,587.54
Syarat-syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Ia perlu dibuat dengan mengisi BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007.
Advertisement
Advertisement
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dikepilkan bersama dokumen-dokumen berikut:
Salinan Kad Pengenalan;
Salinan Sijil MCE/SPM, HSC/ STPM atau setaraf;
Salinan Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci atau surat senat);
Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan (Jika ada) atau Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Markah Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat);
Borang Laporan Rujukan (Referee Report).
Ia perlu dihantar ke alamat:
BAHAGIAN PENTADBIRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK KAMPUS SAMARAHAN 94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAK
Dimaklumkan juga bahawa hanya mereka yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil untuk menjali temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 23 Disember 2022, Jumaat.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan borang borang boleh didapati DI SINI.