Bantuan RM500 kepada warga emas 60 tahun dan ke atas: Dikreditkan setiap bulan ke akaun

Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM500 kepada warga emas

Bantuan Warga Emas atau BWE adalah sebuah bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini juga telah diteruskan di bawah Belanjawan 2024 bagi membantu mereka yang memerlukan.

Objektif utama bantuan ini adalah disalurkan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar bantuan ini pula adalah sebanyak RM500 dan akan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya. Kaedah pembayaran adalah secara kredit terus ke akaun penerima.

Syarat-syarat Kelayakan BWE

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat, pemohon atau wakil yang sah boleh membuat permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) di Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Apa yang perlu diingatkan, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Advertisement
Advertisement

Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi info yang lebih teliti tentang BWE ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 –  sebanyak RM1 bilion diperuntukkan untuk melindungi kesejahteraan warga emas untuk membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Pihak Kerajaan juga mencadangkan supaya Elaun Bangunan Industri diberikan kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar 10 peratus daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian bagi setiap tahun taksiran. Elaun ini diberi bagi perbelanjaan yang layak dilakukan mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.

Bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa kepada rakyat, pihak Kerajaan menyediakan peruntukan membaik pulih klinik-klinik daif sebanyak RM300 juta.

“Sejumlah RM766 juta turut disediakan untuk perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) di samping memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu. Ini termasuk RM200 juta untuk perolehan ambulans bagi memastikan kesiagaan perkhidmatan kesihatan dalam memberi respons kepada panggilan kecemasan,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Skim Perubatan MADANI turut diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta dan akan memanfaatkan 700 ribu rakyat. Pihak Kerajaan juga meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi, dan RM50 juta disediakan untuk tuntutan kos peranti perubatan
seperti stent untuk jantung.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *