Bantuan Tunai RM300 mula dikreditkan minggu ini: Senerai penuh penerima yang layak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai RM300

Pada bulan lalu, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada yang layak.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Sabah turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM300.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.

Para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya turut layak menerima bantuan khas ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat pada 25 September 2023.

“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan dari pekeliling berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *