RM500 Terus Dikreditkan Ke Akaun Bank Bulan Ini (Januari 2025): Ini Jadual Lengkap Bantuan Sara Hidup

Dalam masyarakat yang semakin berkembang pesat, keperluan untuk menjaga kebajikan golongan memerlukan dan veteran tentera tidak boleh diabaikan. Golongan memerlukan, termasuk mereka yang hidup dalam kemiskinan, ibu tunggal, warga emas, serta individu kurang upaya, sering menghadapi cabaran dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan pendidikan.

Bagi veteran tentera pula, jasa mereka yang telah berkorban demi mempertahankan negara memerlukan penghargaan yang setimpal, termasuk sokongan dalam aspek kewangan, kesihatan, dan peluang pekerjaan selepas bersara.

Golongan ini menghadapi situasi yang rumit, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Tanpa sokongan yang mencukupi, mereka berisiko terpinggir daripada arus pembangunan. Dalam konteks veteran tentera, ramai yang menghadapi masalah kesihatan akibat pengalaman semasa bertugas, selain kekurangan peluang untuk menyesuaikan diri ke dalam sektor pekerjaan awam.

Oleh itu, usaha membantu mereka memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan strategik. Bantuan kerajaan, seperti insentif kewangan, subsidi perubatan, atau program latihan semula, memainkan peranan penting. Selain itu, masyarakat juga boleh terlibat melalui sumbangan derma, program sukarelawan, atau menyokong inisiatif NGO yang membantu golongan ini.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup. Ini adalah maklumat lebih terperinci tentang bantuan ini.

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah sebuah insentif yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah  Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Bantuan ini bertujuan untuk diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Mulai tahun 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM500 setiap bulan, berbanding RM300 setiap bulan sebelum ini.

“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini,” petikan ucapan Belanjawan 2025.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi permohonan Bantuan Sara Hidup, ia boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap. Pemohon perlu memastikan aemua keterangan dan butir-butir yang diberikan adalah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Semua permohonan kemudiannya hendaklah dihantar melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Permohonan juga akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Untuk makluman, setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan BSH itu akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh tiga tahun itu.

Bagi maklumat rasmi dan terperinci berkenaan Bantuan Sara Hidup, sila lihat di Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *