Bantuan Tunai RM300 Telah Dikreditkan Pada 25 September. Berikut Senarai Penerima

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Penghargaan (BKP). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Khas Penghargaan RM300

Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah bantuan tunai yang diperkenalkan untuk menghargai kategori berikut:

Bantuan tunai ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan – termasuk:

  • para pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS);
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji;
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • Advertisement
    Advertisement

Pada 10 Ogos lepas,  bayaran BKP sebanyak RM200 yang telah pun disalurkan kepada para pesara melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Objektif Bantuan

BKP adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023.

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan sebanyak RM300.

Cara Pembayaran

Bantuan tunai ini akan mula dikreditkan kepada yang layak pada 25 September 2023 dan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *