Bantuan tunai RM300 sebulan atau RM3,600 setahun: Mereka yang layak & Cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Bulanan RM300

Bantuan kewangan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) yang bertujuan untuk membantu pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan.

Kadar BKPKK melibatkan pemberian kewangan RM300/sebulan untuk dua semester pengajian dengan jumlah keseluruhan RM3,600/setahun (RM1,800 satu semester).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BKPKK,  permohonannya boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Akan tetapi, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahuna atau dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, pemberian bantuan ini akan diberhentikan serta merta kepada mereka.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *