Cara membuat semakan pembayaran BMT RM300 yang dikreditkan pada bulan ini (Disember 2021)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Melalui BMT, mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing. secara dua fasa.

Tarikh permohonan bagi BMT telah dibuka dari 15 September hingga 15 November 2021 lalu. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2021 dengan jumlah RM300 bagi setiap fasa.

Untuk pembayaran Fasa 2 sebanyak RM300, ia akan dikreditkan kepada yang layak pada bulan ini (Disember 2021).

Semakan BMT

Kepada mereka yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian di portal BMT – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan (MyKad) di ruang yang disediakan bagi membuat semakan kelulusan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Dimaklumkan juga bahawa, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan bagi pembayaran.

Maklumat terperinci berkenaan BMT juga boleh dibaca – DI SINI (PDF).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *