Pengambilan jawatan kosong terkini dibuka di FAMA ~ Gaji dari RM1,258.40 hingga RM3,291.20

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

  1. TUKANG MASAK – GRED K1
    • Penempatan: Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA
    • Gaji: RM1,324.95 RM3,291.20
  2. PRAMUSAJI – GRED K2
    • Penempatan: Kafe Lazaria, Ibu Pejabat FAMA
    • Gaji: RM1,258.40 RM2,589.40

Syarat-syarat Kelayakan

TUKANG MASAK – GRED K1

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman memasak.
  • Syarat kemasukan ini berbeza berban ding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

PRAMUSAJI – GRED K2

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

Nama jawatan yang dimohon juga perlu dinyatakan di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Hanya calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Tarikh tutup bagi kekosongan jawatan adalah pada 20 DISEMBER 2021, ISNIN.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan ini boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *