Bantuan i-Fitri RM250 – RM400 akan dibayar secara tunai: Ini senarai mereka yang layak & tarikh bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan khususnya bagi membantu golongan B40 dan M40.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan itu adalah melalui Bantuan I-Fitri 2022 yang melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM250 hingga RM400 kepada yang berkelayakan. Terdapat dua ketegori penerima bantuan ini iaitu: –

Kategori A: Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM2,500

  • Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun);
  • Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20);
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu;
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kategori B: Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000

  • Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,501 – RM 5,000(termasuk gaji dan semua elaun);
  • Advertisement
    Advertisement
  • Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20);
  • Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Teréngganu;
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah antara RM 2501.00 sehingga RM5,000 dan di sahkan oleh JPKK;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.

Tarikh Bayaran

Bagi Kategori A, penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM400, manakala Kategori B pula sebanyak RM250.

Berdasarkan maklumat rasmi dari Kerajaan Negeri Terengganu, permohonan Bantuan i-Fitri dibuka dari 22 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022.

Pembayaran i-Fitri pula akan dibuat bermula 17 April 2022 secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk dan teliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *