KWSP laksanakan pengeluaran i-Sayang & i-Lindung tak lama lagi. Ini Penerangannya

Pelbagai pakej pengeluaran wang simpanan KWSP telah diperkenalkan sebelum ini. Ia termasuklah i-Citra, i-Sinar dan i-Lestari. Baru-baru ini, KWSP mengumumkan untuk melancarkan kemudahan baru untuk pencarum.

Berikut adalah penerangannya:

Apakah itu i-Sayang?

Mulai suku pertama 2022, antara Januari hingga April tahun depan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Apakah itu i-Lindung?

Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Advertisement
Advertisement

Insiatif Lain Yang Akan Dilihat

Inisiatif lain pihak KWSP tinjau adalah termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

Pihak mereka juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

Hal ini telah dilaporkan oleh Berita Harian melalui ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *