BKC Fasa 2 akan mula dibayar esok (25 Nov 2021): Kategori penerima & jumlah bayaran
Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas C-19 (BKC) bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.
BKC dibayar kepada rakyat Malaysia merangkumi kategori Miskin Tegar, B40 dan M40 dengan jumlah berbeza mengikut ketatapan masing-masing.
Pembayaran BKC Fasa 1 telah pun selesai pada bulan September lalu dan kini telah tibalah masanya untuk pembayaran di Fasa 2.
Penerima & Jumlah BKC Fasa 2
Pembayaran BKC Fasa 2 akan membabitkan jumlah sebanyak RM500 dan RM300 bagi setiap penerima yang layak.
Berbeza dengan Fasa 1, pembayaran untuk Fasa 2 hanya akan melibatkan kategori penerima Miskin Tegar bagi golongan:
- Isi Rumah: RM500
- Warga Emas Sebatang Kara: RM300
- Bujang: RM300
Tarikh Pembayaran BKC Fasa 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan pada 23 November 2021 telah memaklumkan bahawa pembayaran BKC Fasa 2 akan dibuat mulai 25 November 2021, Khamis.
Menurutnya, pembayaran itu nantiĀ akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima termasuk isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.
Semakan BKC
Semakan status kelulusan dan jumlah pembayaran BKC boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.
Pengguna hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengisi kata laluan bagi membuat semakan.
Maklumat lanjut berkenaan BKC turut boleh dibaca – DI SINI.