Senarai Bantuan Bulanan RM100-RM1,000 Yang Anda Boleh Mohon. Berikut Senarai Penerima & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Bulanan JKM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Bulanan JKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Senarai Bantuan Bulanan Serta Kadar Bayaran

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  3. Bantuan Warga Emas
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  5. Bantuan Am Persekutuan
  6. Bantuan Am Negeri
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
  9. Bantuan Latihan Perantis

Kadar Bantuan: RM100-RM1,000 mengikut jenis bantuan di atas

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah berbeza mengikut jenis bantuan. Untuk mengetahui secara lebih terperinci boleh klik di pautan berikut: Syarat Kelayakan Bantuan (Klik Sini)

Cara Memohon Bantuan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Advertisement
Advertisement

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Yang Diperlukan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *