Macam Mana Nak Beli RON95 RM1.99/Seliter Kalau Tak Bawa IC? Ini caranya
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, isu kewangan menjadi antara perkara yang paling diberi perhatian oleh masyarakat. Kenaikan kos sara hidup, harga barangan yang tidak menentu serta komitmen bulanan yang semakin bertambah menyebabkan ramai individu dan keluarga berdepan dengan tekanan kewangan. Oleh sebab itu, amalan berjimat cermat kini bukan lagi sekadar pilihan, tetapi sudah menjadi satu keperluan untuk memastikan kehidupan lebih teratur dan stabil.
Berjimat bukan bermaksud menahan diri daripada berbelanja terus, sebaliknya ia adalah cara bijak menguruskan perbelanjaan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Ramai orang sering terjebak dalam perbelanjaan berlebihan akibat gaya hidup moden dan pengaruh media sosial.
Namun, jika tabiat ini berterusan tanpa kawalan, ia boleh mengakibatkan hutang menimbun, simpanan berkurang, malah mengganggu masa depan kewangan. Dengan berjimat, seseorang bukan sahaja dapat memastikan kewangan bulanan mencukupi, tetapi juga mampu menyediakan simpanan untuk kecemasan atau perancangan jangka panjang.
Selain itu, amalan berjimat juga mengajar kita tentang nilai kesederhanaan dan tanggungjawab. Kita belajar untuk lebih berhati-hati membuat keputusan kewangan, mencari alternatif lebih murah tanpa mengorbankan kualiti, serta mengelakkan pembaziran yang tidak perlu.
Malah, dengan berjimat, kita turut berpeluang untuk melabur atau menabung demi mencapai matlamat seperti membeli rumah, melanjutkan pelajaran, atau menjamin hari tua yang lebih terjamin.
Kesimpulannya, dalam dunia yang penuh dengan ketidaktentuan ekonomi, berjimat adalah senjata utama untuk mengawal kewangan dengan bijak. Ia memberi kita kebebasan, ketenangan fikiran, dan keyakinan dalam menghadapi cabaran kewangan yang semakin kompleks pada masa kini.
Bagi membantu rakyat berjimat, pihak Kerajaan telah memperkenalkan subsidi bersasar RON95 atau dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan.
Budi Madani RON95 (BUDI95)
Pihak Kerajaan telah bersetuju menurunkan harga minyak RON95 di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.
Dengannya, harga RON95 ditetapkan pada kadar RM1.99/seliter. Kelayakan untuk program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai lessen memandu aktif.
Manakala, bagi bukan warganegara – kadar RON95 ditetapkan pada kadar RM2.60/seliter. Pelaksanaannya pula dibuat secara berperingkat iaitu:
- 27 September 2025 (Sabtu): Sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- 28 September 2025 (Ahad): Sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- 30 September 2025 (Selasa): Sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
Cara Buat Pembelian BUDI95
Bagi mereka yang hendak membuat pembelian BUDI95, ia boleh dibuat di stesyen-stesyen minyak seluruh negara dengan membuat pengesahan kelayakan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) masing-masing. Bagi memudahkan urusan atau tidak membawa MyKad, pembelian BUDI95 boleh dibuat melalui opsyen digital seperti e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.
Dimaklumkan bahawa semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Manakala, pengecualian diberikan kepada para pemandu e-hailing dan mereka boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
“Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99% pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah ini,” petikan kenyataan Kementerian Kewangan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut menasihati rakyat supaya memastikan cip MyKad masing-masing berfungsi dan lessen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi mamastikan program ini berjalan lancar, pihak Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad secara percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula 23 September sehingga 7 Oktober 2025.
Penukaran itu boleh dilakukan di mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.
“Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan terjejas hanya kerana masalah teknikal.
“Ini bagi memastikan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan BUDI95, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.